search : google
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat kamu kala duka ku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rindu
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa airmata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hati ku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
p/s : kalau hayati lagu nie pasti sedih
sampai mengalir airmata . .
peace + _ +
sampai mengalir airmata . .
peace + _ +
Filem OMBAK RINDU diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari . Filem ini hasil terbitan Astro Show dengan kerjasama Tarantell Pictures
Menjadi anak yatim piatu , dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta . Itulah antara liku2 yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita , Maya Karin dalam filem terbarunya , Ombak Rindu .
Izzah (Maya Karin) , gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya . Justeru itu , ayah saudaranya , Taha , mengambil tugas memelihara Izzah . Pada masa sama , Pak Cik Taha banyak berhutang . Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam .
Disitulah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz) . Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu .
Atas permintaan Izzah , akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah , tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan .
Kehadiran Mila Amylia , anak Tan Sri Rashdan , iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz . Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya ? Bahagiakah rumahtangga yang dibina di atas kehadiran orang lain ? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya ?
Apa kesudahan cerita nye ye ? ?
korang mesti nak tahu kan ,
jom p tengok movie OMBAK RINDU di pawagam yang berhampiran
, 01 disember 2011 (khamis) ,
okeeee :)
sudah penat menaip
sampai sini je la ek ,
nak kuar jap , g kedai nak beli aiskrim + topup
bubye <3
0 000 000 orang comel: